Friday, July 15, 2011

bila bersahabat

assalamualaikum. selamat sejahtera!

memandangkn hari ini hari jumaat. jadi topik ny mcm berkaitan dengan tazkirah la jgk kn. haha. entri kali ini berkaitan sahabat. syukur alhamdulillah ak dikurniakn ramai kawan. tetapi sahabat? mmg sukar tuk dicari tapi sahabat itu tetap ada. apakah dimaksudkn dengan sahabat??ak pun tak pasti.haha

alwayz keep in t0uch ;)
alkisah bila bersahabat. bagaimana carany tuk mengekalkan persahabatan itu? ak tahu ak pun bukan laa layak tuk kupas perkara ini. tapi, apa salah ny kalau ak ingin kongsi bersama. renung2 kn.
  • saling memberi kebebasan. benar sahabat tempat kita berkongsi suka duka tetapi tak brmakna kamu harus memiliki ruang hidup ny.berikan mereka ruang dan jangan mengatur perjalanan mereka kerana itu menunjukkn sikap kamu yg mementingkn perasaan sendiri tanpa menghiraukn perasaan mereka. 
  • bersikap jujur dalam persahabatan. berterima kasih kpd sahabat anda krn memberi kepercayaan kpd kamu. maka kamu harus menghormati ny dan jauhilah daripada perbuatan yg boleh menjejaskn perhubungan kamu.
  • saling memahami untuk menjadi sahabat yg baik. kamu harus berusaha untuk memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahan yang berlaku dengan lebih mendalam. kamu tak boleh membuat tanggapan yg bukan2 ttg diri ny jika adakala mereka tidak mengikut kehendak kamu. mungkin mereka mempunyai urusan. jadi berikn mereka ruang dan jgn bertindak secara melulu tanpa mndapat kepastian.
  • saling mengalah. demi menjaga persahabatan kamu, tak rugi jika sekali sekala kamu harus mengalah. bah kan kamu dapat membuat mereka berasa bahagia dan lebih menyayangi diri kamu. 
  • saling memberi kemaafan. tetapi sbg insan biasa, kita tak dapat lari drpd melakukn kesalahan dan kesilapan. sedangkn lidah lagi trgigit, inikn pula kita sesama sendiri. belajar menjadi seorang teman yg sudi mmberi kemaafan kpd org lain biarpun masalah itu bkn brpunca dr kesalahan atau kesilapan kamu.

Selain itu, kamu juga harus pandai memilih sahabat. Nasihat yg boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kpd anaknya:
  1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. 
  2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau dia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). 
  3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
  4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. 
  5. Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yg baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkn Islam dapat dilaksanakn bersama-sama sahabat yg mulia. insyaAllah~

p/s: pilihlah sahabat yg baik kerana "sahabat itu mencerminkn diri kita"

No comments:

Post a Comment