Monday, August 29, 2011

aidilfitri menjelang jua

assalamualaikum wbt.

syukur alhamdulillah telah genap sbulan kita berpuasa dan malam ini adalah malam raya. gembira kita sudah merdeka dan sedih juga krn telah berakhir ny ramadhan. seperti yg kita sedia maklum terlalu banyak fadhilat ny pada bulan ramadhan berbanding bulan2 yg lain. aku merindui mu ramadhan. moga ak berkesempatan lagi pada tahun yg berikut ny. amin.

bila tiba raya semua sibuk mengemas rumah, termasuklah ak. penat tak terucap. haha.skg puas dan lega akhirny selesai setelah bertungkus lumus menelaah setiap ceruk di rumah. hehe. ahli keluarga pun sudah mula pulang ke rumah dan ak menyambut kedatangan mereka. kemeriahan mula terasa. kedengaran bunga api, mercun sana sini dan suara2 keriuhan kanak2 tak kurang juga yg dewasa seperti ak. haha.

marilah kita semua berkunjung ke surau atau masjid berdekatan pada esok pagi untuk menunaikan solat sunat syawal. berkunjung ke kubur mendoakan sanak saudara yang telah menghadap Ilahi. dan pulang ke kampung untuk berjumpa sanak saudara. bersalam salaman duit raya diminta. mohon maaf juga dpinta la hendaknya. haha. kesempatan ini ak ingin meminta maaf kpd ibuku, keluargaku, sanak saudara, guru2 dan teman2 yg disayangi. moga diri ini dimaafkan.

akhir kalam, ak merindui 'sesuatu'. setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. semoga Allah sentiasa memberi yg terbaik kpd diri kita. dan smoga Allah merahmati kpd arwah abah dan sanak saudara yg telah pulang ke rahmatullah. amin.

p/s: diharapkan diri ini tidak pernah lupa dan tidak putus2 untuk berjihad ke jalanMu ya Allah.

No comments:

Post a Comment